BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Julai 2009

VALENTINES DAY

ingin saya kongsikan disini, mengenai artikel yang saya terbaca di LAMAN TELADAN. topic yang diperkatakan amat menarik hati. dan ia amat sesuai untuk di baca oleh remaja-remaja dan kepada sesiapa sahaja yang amat mengagungkan hari valentines....
Pernahkah anda mengingati hari lahir Rasulullah s.a.w??? mungkin ada yang berkata ya. dan mungkin ada yang berkata tidak. tetapi bila ditanya, bilakah hari valentines. sudah semestinya kamu semua tahu akan tarikhnya.. bukan? 14 februari, HARI KEKASIH. yela, masa ini lah kita akan bertukar-tukar hadiah. dan melakukan macam-macam perkara. iaitu, kononnya untuk menunjukkan kasih sayang dan menghargai pasangan masin-masing. sampai kadang kala ada yang sampai tergadai maruah diri.. so, sekarang mari kita lihat dari mana asal usulnya hari valentines nie... yang terlalu diagung-agungkan.
let see....Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.

Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih.

Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati seseorang yang dikasihi (isteri, bukan kekasih) atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari sahaja, malahan tiap-tiap hari dalam setahun.

Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya......

0 ulasan: