BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 27 Julai 2009

Perlakuan tidak senonoh remaja zaman ini.

saya bukan nak kata ape la... tapi mengikut pemerhatian saya. pada zaman sekarang ni. remaja-remaja semakin berani untuk melakukan sesuatu di luar batasan. cukup lah sekiranya anda memasuki ke chatroom. anda mesti akan terkejut dengan perlakuan mereka yang dapat saya katakan amat memalukan. tetapi yang paling memalukan adalah, mereka dari kalangan remaja melayu sendiri. mereka dengan tanpa segan silu akan berbicara mengenai sex. dan mereka juga akan membuat janji temu diluar, untuk mereka melaksanakan perbuatan terkutuk itu. tetapi yang paling memalukan mereka, adalah dari kalangan pelajar ipta dan ipts. dimanakah letaknya kewarasan akal fikiran mereka. nama saja pelajar di pusat pengajian tinggi. tetapi akal mereka sangat cetek dan rendah. saya sebagai pelajar ipta dan sebagai orang melayu. amat malu dengan senario yang berlaku pada waktu ini. sepatutnya perkara ni perlu dibendung, sebelum menjadi lebih parah. kita sebagai pelajar ipt, seharusnya matang dari cara pemikiran. dan gunakan segala kemudahan dengan bijak, dan bukan mengikut nafsu. kita seharusnya bukan sahaja maju dari segi akedemik, tetapi dari segi agama juga. kita seharusnya meningkatkan ilmu mengenai agama dan selalu bermuhasabah diri untuk menjadi pelajar yang bermatlamat dan cemerlang.