BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 26 Julai 2009

Burung....

Kita selalu melihat sekumpulan burung berterbangan.... di langit biru... apabila kita melihatnya.. ia sangat cantik.. tapi pernahkah kita melihat seekor burung yang tertinggal di belakang burung-burung yang berterbangan itu... burung itu cuba dan cuba untuk mengejar kumpulan burung yang berada di depannya.. tanpa putus asa. tetapi sebaliknya dengan penuh semangat. hingga akhirnya burung itu semakin dekat dan dekat dengan kumpulan didepannya. hingga akhirnya ia dapat bersaing bersama-sama dalam kumpulan burung itu. begitu juga kehidupan kita semua. kita seharusnya tidak mudah berputus asa, sekiranya kita jauh tertinggal di belakang. tetapi, kita seharusnya berusaha dan berusaha untuk mengejar sesuatu lebih baik yang berada di depan kita. sekiranya sekali kita jatuh tersungkur. kita tidak akan jatuh untuk selamanya. tetapi sebaliknya kita harus mempunyai semangat yang kuat untuk mengejar cita-cita yang berada di hadapan kita....=)

0 ulasan: